Monday, May 21, 2007

Salinan Artikel: Better late than not at all

Artikel dibawah disalin daripada laman web UPKO http://www.upko.org.my yang mana dinyatakan surat dari pembaca. Bagi pihak yang ingin memberikan maklumbalas berkenaan artikel tersebut sila, hantarkan disini. setiap orang harus ada peluang untuk mempertahankan pendirian masing-masing kan?

SURAT PEMBACA

---------------------------------------------------------------------------
Better late than not at all
THURSDAY, May 13, 2004 (Source: Daily Express)

I WAS one of thoes responsible for the formation of both Parti bersatu Sabah (PBS) and Upko.

The ideal at that time was to set up a party to represent the Kadazandusun and Murut communities. The name Upko, itself, was right in the sense that it carriers the message of the KDM in Sabah.

But the state of the current KDM communities since gaining independence from the British is not any better than before.

We are simply not ready to face the millinium and globalisation era but whatever it is, the call for unity among the KDM leaders by Datuk Pairin is good.

It's better late than never. I fully support the idea that Pairin fulfils the noble objective of unity due to his sucess in leading PBS.

The trademark is there for all to see and, thus, Iagree that the leaders should forget about their personal interests, differences and patty quarrels.

What is imortant is that the KDM communities and leaders must be united to enable us face the future.

We are now so fragmented that other people are making a joke of the whole thing


Datuk Wilfred Lingham

KK.

Salinan Artikel: Upko, PBS dan kedudukan KDM

Artikel dibawah disalin daripada laman web UPKO http://www.upko.org.my yang mana dinyatakan surat dari pembaca. Bagi pihak yang ingin memberikan maklumbalas berkenaan artikel tersebut sila, hantarkan disini. setiap orang harus ada peluang untuk mempertahankan pendirian masing-masing kan?

SURAT PEMBACA

---------------------------------------------------------------------------
Upko, PBS dan kedudukan KDM
KHAMIS, 4 MAC 2004 2004 (Source: HARIAN EXPRESS)

SAYA merujuk kepada dakwaan Ketua Penerangan PBS, Hanrynus bahawa "Upko tidak memonopoli sokongan etnik, dan kerana itu,ia tidak mempunyai asas untuk meminta semua kerusi di kawasan yang didominasi oleh Kadazandusun dan Murut (KDM) pada pilihanraya ini."

Apakah kriteria pemilihan yang akan digunakan? Apakah sebenarnya yang kita maksudkan dengan parti KDM dan parti berasaskan KDM.

Rakyat nampaknya keiru. Sebagai pasokmomogun berbangsa Rungus, saya percaya sudah tiba masanya untuk KDM berfikir dan memutuskan secara objektif halatuju masyarakat itu.

Kita mesti mempunyai visi yang jelas dan menentukan satu strategi yang berkesan untuk mencapainya selaras dengan Wawasan 2020. Tidak dinafikan, visi masyarakat KDM sepatutnya ialah muncul sebagai sebuah bangsa maju menjelang 2020.

Oleh kerana penyertaan mereka dalam oplitik juga penting dalam proses pembangunan, kriteria terpenting ialah parti yang mampu menjadikan masyarakat itu menjadi bangsa maju menjalang 2020?

Dompok membuat dakwaan itu semata-mata kerana masa depan KDM sedangkan dakwaan PBS dibuat berdasarkan ststistik sejarah, yakini keputusan pilihanraya 1999.

Hanrynus sering memetik keputusan pilihanraya 1999. kenapakah anda begitu angkuh mengatakan PBS memenangi 17 kerusi pada pilihanraya itu? Pada pilihanraya itu, "produk" anda ialah "Sabah untuk rakyat Sabah," dan sentimen anti-kerajaan. Anda memberi harapan tinggi kepada rakyat bahawa PBS pasti akan kembali berkuasa di Sabah. Malangnya, PBS tewas kepada BN.

PBS tidak akan dapat menjual 'produk' ini pada pilihanraya akan datang ini. Dengan lain perkataan, PBStidak boleh menuntut kesemua 17 kerusi ini kerana ia ketika berada di barisan pembangkang. Hakikatnya, ketika PBS kembali ke pangkuan BN, itu bermakna PBS sudah tewas dalam perjuangannya. Ia juga membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Upko membuat keputusan yang tepat keran menyertai BN sejak dari awal.

Seterusnya, parti mana yang mampu embangunkan KDM? Jawapannya sudah tentulah Upko, sekurang-kurangnya dilihat dari sudut perjuangan dan pencapaiannya setakat ini.

Selain namanya, perjuangan Upko juga dinyatakan dengan jelas di dalam perlembagaan parti.

Aktiviti dan pencapaiannya begitu konsisten dan menggalakkan.

Yayasan Bahasa Kadazandusun, Indep, Dewan Perniagaan Kadazandusun dan Industri, penyenaraian KDM dalam OPP3, dan kerusi KDM di UMS adalah adalah sebahagaian daripada pencapaian itu.

Kenapa semua perkara ini tidak dapat dilakukan ketika PBS berada di Kemuncak.

Jawapannya mudah. PBS bukan diwujudkan untuk KDM.

Jika kita mengimbas kongres tahunan PBS sejak 19 tahun lalu, contohnya, kita akan didapati bahawa kepentingan KDM tidak pernah dibincang.

Dalam hubungan ini, bagaimana PBS boleh mewakili KDM?

Upko juga direkabentuk untuk menjadi sebiuah parti KDM yang hakiki kerana dalam strukturnya, ia hanya memiliki seorang Timbalan Presiden dan siapa yang tergolong sebagai KDM.

Struktur ini akan memastikan kesinambungan kepimpinan KDM dalam Upko.

Bagaimana, dalam PBS tidak ada jaminan bahawaKDM akan menjadi Presiden pada masa depan. Masih ingat apa yang berlaku kepada Akar?.

sesetengah orang menggunakan parti berasaskan KDM bagi merujuk Upko, PBS dan PBRS. Apakah sebenarnya yang kita maksudkan dengan parti berasaskan KDM?

Hanya kerana presiden parti ialah KDM? Bagaimana pula dengan Umno, bolehkah kita menganggap ia sebagai parti berasaskan KDM hanya kerana ada KDM dalam Umno?

Pada saya, tidak ada apa yang dirujuk sebagai parti berasaskan KDM. Kita hanya ada , sama ada parti KDM atau parti bukan-KDM.

Untuk memastikan perkara ini, kita perlu meneliti perlembagaan, perjuangan, ahli, pencapaian visi dan kutamaan sesebuah parti itu,

Ironinya, Masidi Manjun sendiri berkata bahawa tiada parti komponan BN boleh mendakwa bahawaia mewakili KDM. Kenyataan itu dapat difahami dengan melihat kepada kepada kepentingan politik dan kedudukannya bila mana Tun Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Upko sebagai satu-satunya parti KDM.

Upko adalah harapan generasi KDM dimasa hadapan, eeloknya, kita berilah mereka peluang.


PENGANALISA KDM

Tandek

Salinan Artikel: Kalau begitu kenapa PBS kembali kepada BN

Artikel dibawah disalin daripada laman web UPKO http://www.upko.org.my yang mana dinyatakan surat dari pembaca. Bagi pihak yang ingin memberikan maklumbalas berkenaan artikel tersebut sila, hantarkan disini. setiap orang harus ada peluang untuk mempertahankan pendirian masing-masing kan?

SURAT PEMBACA

---------------------------------------------------------------------------
Kalau begitu kenapa PBS kembali kepada BN
Sunday, March 14, 2004 (Source: Daily Express)

SAYA merujuk kepada " PBS: Upko Failed To Deliver The Last Time (DE 26 January). Dalam Setiap kenyataan politiknya, Henrynus akan menggambarkan PBS sebagai parti tempatan yang paling unggul. Kalaulah apa yang dikatakannya itu betul, apa perlunya PBS menyertai semula BN?

Dari sudut politik, tiada satu parti pun yang akan menyertai BN jika ia yakin akan dapat membentuk kerajaan. Mereka sepatutnya bergerak sendirian. Lagi pun, PBS memang terkenal dengan sikap tamaknya sejak dari awal lagi.

Ketika Henrynus berkata UPKO gagal menepati kehendak, beliau tentu lupa bahawa dia sendiri adalah calon PBS yang tewas di Ranau.

Memang lazimnya bagi mana-mana pengikut politik seperti Henrynus ini untuk mendabik dada mengenai kehebatan PBS kerana mereka ini perlu mengambil hati ketuanya.

PBS sudah kehilangan kredibilitinya. Jika ia tidak menyertai semula BN ia mungkin menunggu masa yang sesuai untuk ditendang keluar atau menutup kedai.

Cawangan PBS Tompios berkecai berikutan "penghijrahan" beramai-ramai anggotanya untuk menyertai UPKO. Khabar angin semakin kuat kedengaran mengenai lebih ramai pengerusi dan ahli cawangan PBS akan mengalihkan sokongan mereka kepada Umno.

Oleh kerana Henrynus memegang jawatan kanan dalam PBS, bukanlah wajar untuk dia memimpin bahagian Paginatan atau Karanaan? Malangnya itu pun tidak dapat lakukan.

Pada pilihanraya tahun 1999, Henrynus kalah teruk oleh Siringan Gubat dari UPKO. Dan pada pilihanraya Parlimen Kinabalu pada tahun yang sama, calon PBS Janimin Saliun tewas kepada Dompok, Presiden UPKO dengan kelebihan 5,000 undi.

Pairin tidak dapar menyembunyikan rasa aibnya kerana hanya mampu menang dengan majoriti 250 undi di kawasan yang didominasi oleh KDM di Keningau pada pilihanraya Parlimen yang lepas.

Berdasarkan semua hakikat ini, kenapakah Henrynus masih begitu yakin bahawa PBS menikmati sokongan rakyat?

PBS mendapat sebahagian daripasa kekuatannya hanya selepas dia kembali kepada UMNO. Ini tidak dapat dinafikan, tapi mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mendakwa mereka kuat. Semua orang tahu bahawa motif sebenar mereka menyertai semula BN hanyalah untuk menyelamatkan beberapa individu tertentu.

Mengenai Dompok yang bertanding di Kerusi Kinabalu meskipun dia kalah dari Penampang, Henrynus perlu diingatkan bahawa itu adalah keputusan mantan PM Tun Dr. Mahathir.

Agak pelik kenapa Henrynus tidak bertanya kepada Presidennya kenapa Maximus dicalonkan di Tandek dan Bandau sedangkan dia berasal dari Tambunan.

Ketika merasmikan kongres UPKO tahun lalu, Mahathir mengumumkan bahawa UPKO adalah satu-satunya parti politik yang mewakili masyarakat KDM.

Berdasarkan pengiktirafan ini, semua kerusi dikawasan yang majoritinya adalah KDM wajar diberi kepada UPKO, tidak kira apa jua alasan PBS.

Dr Mahathir juga dijemput oleh Pairin untuk merasmikan kongres PBS tahun lalu, tapi tidak ada pun disebut secara khusus apa peranan yang boleh dimainkan oleh PBS.



JAINUDIN WAHAB

Ranau

YB. Tan Sri Bernard Dompok : Perletakan Jawatan Pengerusi PSCI

Apakah pendapat anda berkenaan keputusan YB. Tan Sri Bernard G. Dompok, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti (PSCI)?

Adakah perkara ini relevan jika dijadikan isu oleh pihak pembangkang untuk mempertikaikan kemampuan kepimpinan beliau sebagai Presiden UPKO dan juga sebagai wakil menteri dari Sabah yang bertugas di peringkat kerajaan persekutuan?

any comments?

Friday, May 11, 2007

Ciri-Ciri Wakil Rakyat Cemerlang

apakah ciri-ciri wakil rakyat yang anda ingin di sesuatu kawasan untuk menjadikan tempat itu cemerlang, gemilang dan terbilang? yang berjiwa rakyat? yang rajin? yang handsome? yang besar 'muscle'? yang macam mana?

Pilihanraya Umum Ke-12

menurut jangkaan nda bilakah pilihanraya umum yang ke-12 akan dijalankan dan bagaimanakah kerancakannya nanti berbanding pilihanraya sebelum ini? lebih 'panas' atau sebaliknya dan kenapa?

Strategi Pembangunan Sabah

setiap kali piliahraya pasti ada sahaja manifesto dari calon tertentu kononya untuk laksanakan itu dan ini demi kemajuan sabah secara keseluruhan. tetapi sehingga kini sabah masih antara negeri di malaysia yang paling mundur sekali jika merujuk kepada Indeks Komposit Pembangunan pada tahun 2006 iaitu hanya 70 yang mana paling rendah berbanding Wilayah Persekutuan sebanyak 109.6. Malah, Kelantan mendahului Sabah dengan indeks 93.1.

pada pendapat anda apakah sepatutnya antara langkah-langkah yang sebaik-baiknya dijalankan untuk meningkatkan kemajuan di sabah yang harus diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu?